Friday, September 3, 2010

JIN 4


Assalamualaikum w.b.t.,
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ

Dan semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu untuk mendengar Al-Qur'an. (Al Ahqaaf:29)


ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ
Katakanlah: Telah diwahikan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al Jinn:1)


Jin dan syaitan mempunyai hubungan yang erat, terutama apabila ia dikaitkan dengan amalan sihir. Apabila jin itu kafir mereka lebih dikenali sebagai syaitan. Apabila jin itu beragama Islam maka mereka tidak lagi dipanggil sebagai syaitan. Tidak ada istilah syaitan Islam. Hatta kepada manusia sekali pun. Apabila akhlak dan perbuatan sudah seperti syaitan, maka manusia pun boleh dipanggil syaitan. 
Makhluk jin tahu kita manusia beragama apa, tetapi kita sebenarnya tidak tahu jin beragama apa kerana kita tidak dapat melihat mereka. Walaubagaimanapun seseorang telah dirasuk jin tahulah kita bahawa yang merasuk itu jin kafir atau syaitan. Apabila dibacakan ayat2 Al Qur'an terutamanya ayat Kursi lalu jin tersebut akan kesakitan yang diekspresikan melalui manusia yang dirasuk.
Dari Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq, bernama Lubaid ibnu al A'sham sehingga terbayang olehnya bahawa beliau melakukan sesuatu, padahal tidak. Pada suatu ketika, beliau sedang berada di sampingku, tetapi beliau memanggil-manggil; kemudian bertanya,"Wahai Aisyah, apakah engkau merasakan bahawa ALLAH telah mengabulkan apa yang aku minta? Aku didatangi dua orang lelaki, yang seorang duduk di kepalaku dan yang seorang lagi di kakiku. Salah seorang dari mereka berkata kepada kawannya,"Apa penyakit orang ini?" Kawannya menjawab,"Dia terkena sihir." Yang satu bertanya lagi,"Siapa yang menyihir?" Dijawab oleh kawannya,"Lubaid Ibn al A'sham. "Melalui apa?" tanya yang satu."Melalui sisir(sikat) dan rambut yang jatuh ketika disikat, serta tutup mayang kurma jantan," jawab kawannya. "Di mana sihirnya?" tanya yang satu lagi. Di sumur(telaga) Dzirwan." jawab kawannya. Maka Rasulullah mendatanginya (telaga itu) bersama para sahabat. Setelah kembali, beliau berkata,"Wahai Aisyah, airnya merah bagaikan daun pacar yang direndam (dalam air), dan puncak pohon kurmanya bagaikan kepala-kepala syaitan." Aku bertanya,"Ya Rasulullah, apakah engkau tidak memintanya untuk dikeluarkan/" Rasulullah menjawab,'ALLAH telah menyembuhkan aku, kerana itu aku tidak mahu menimbulkan kejelekan(keburukan) pada manusia." Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk menguburkannya (menimbus telaga itu). H.R. Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment