Friday, September 3, 2010

JIN 4


Assalamualaikum w.b.t.,
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ

Dan semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu untuk mendengar Al-Qur'an. (Al Ahqaaf:29)


ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ
Katakanlah: Telah diwahikan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al Jinn:1)


Jin dan syaitan mempunyai hubungan yang erat, terutama apabila ia dikaitkan dengan amalan sihir. Apabila jin itu kafir mereka lebih dikenali sebagai syaitan. Apabila jin itu beragama Islam maka mereka tidak lagi dipanggil sebagai syaitan. Tidak ada istilah syaitan Islam. Hatta kepada manusia sekali pun. Apabila akhlak dan perbuatan sudah seperti syaitan, maka manusia pun boleh dipanggil syaitan. 
Makhluk jin tahu kita manusia beragama apa, tetapi kita sebenarnya tidak tahu jin beragama apa kerana kita tidak dapat melihat mereka. Walaubagaimanapun seseorang telah dirasuk jin tahulah kita bahawa yang merasuk itu jin kafir atau syaitan. Apabila dibacakan ayat2 Al Qur'an terutamanya ayat Kursi lalu jin tersebut akan kesakitan yang diekspresikan melalui manusia yang dirasuk.
Dari Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq, bernama Lubaid ibnu al A'sham sehingga terbayang olehnya bahawa beliau melakukan sesuatu, padahal tidak. Pada suatu ketika, beliau sedang berada di sampingku, tetapi beliau memanggil-manggil; kemudian bertanya,"Wahai Aisyah, apakah engkau merasakan bahawa ALLAH telah mengabulkan apa yang aku minta? Aku didatangi dua orang lelaki, yang seorang duduk di kepalaku dan yang seorang lagi di kakiku. Salah seorang dari mereka berkata kepada kawannya,"Apa penyakit orang ini?" Kawannya menjawab,"Dia terkena sihir." Yang satu bertanya lagi,"Siapa yang menyihir?" Dijawab oleh kawannya,"Lubaid Ibn al A'sham. "Melalui apa?" tanya yang satu."Melalui sisir(sikat) dan rambut yang jatuh ketika disikat, serta tutup mayang kurma jantan," jawab kawannya. "Di mana sihirnya?" tanya yang satu lagi. Di sumur(telaga) Dzirwan." jawab kawannya. Maka Rasulullah mendatanginya (telaga itu) bersama para sahabat. Setelah kembali, beliau berkata,"Wahai Aisyah, airnya merah bagaikan daun pacar yang direndam (dalam air), dan puncak pohon kurmanya bagaikan kepala-kepala syaitan." Aku bertanya,"Ya Rasulullah, apakah engkau tidak memintanya untuk dikeluarkan/" Rasulullah menjawab,'ALLAH telah menyembuhkan aku, kerana itu aku tidak mahu menimbulkan kejelekan(keburukan) pada manusia." Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk menguburkannya (menimbus telaga itu). H.R. Bukhari dan Muslim.

Wednesday, May 26, 2010

JIN 3

Kenapa jin tidak boleh dilihat oleh manusia? Tidak lain...kerana jin dijadikan dari unsur yang berbeza dari manusia sebagaimana firman ALLAH: "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan KAMI telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas." (Surah Al-Hijr: 26-27). Api yang sangat panas (nar as-samum) jika dikaji memang tidak kelihatan oleh mata kita. Lihatlah pada api 'welding'. Yang paling panas adalah yang dihujungnya di mana ia boleh mencairkan besi. Firman ALLAH lagi: "DIA menciptakan Jaan (jin), sebelum itu dari nyala api (al-marij)".(Surah Ar-Rahman: 15). Menurut Imam An-Nawawi, nyala api adalah jilatan api (al-lahab) yang bercampur dengan hitamnya api. Ia juga bermaksud lidah api atau inti api iaitu bahagian api yang berada di puncak ketika ia menyala. Bahagian api yang terpanas ketika seseorang memotong atau menyambung besi (welding) adalah dihujungnya di mana tidak kelihatan oleh mata kasar kita.

Huruf jim dan nun jika digabungkan akan memberi maksud benda atau makhluk yang tersembunyi dalam bahasa Arab seperti al-janin (fetus dalam rahim ibu), junnat al-lail (tersembunyi oleh kegelapan malam) dan junnah (segala sesuatu yang digunakan penutup diri dari segala keburukan. Al-mijann perisai yang digunakan tentera untuk melindungi diri dalam peperangan. Al-jannah, syurga kerana banyaknya pokok-pokok yang terdapat di sana yang saling menutupi antara satu sama lain. 

Walau bagaimanapun, jin tidak lagi berbentuk api sebagaimana manusia tidak lagi berbentuk tanah. Ia telah dibentuk oleh ALLAH menjadi wujud benda, lalu dikembangkan menjadi bentuk dan organ-organ tubuh. Kemudian ditiupkan kepadanya roh sehingga menjadi makhluk yang cerdas, berakal dan mempunyai kebebasan memilih sebagaimana juga ALLAH mengembangkan Adam dari tanah, lalu menjadi tanah liat, kemudian tanah liat hitam yang berubah baunya  dan kemudian berubah menjadi tanah liat kering dan keras yang dibentuk. Akhirnya ditiupkan kepadanya roh...maka jadilah Adam sebagai manusia yang sangat baik bentuknya.

Friday, February 19, 2010

JIN 2

 

 Akidah Islam memaksudkan jin dengan makhluk-makhluk yang berakal, berkehendak, sedar dan mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup bersama-sama kita di bumi ini. Jin adalah nama jenis. Bentuk tunggalnya adalah jiniy, yang bermakna "yang tersembunyi", atau "yang tertutup", atau "yang tidak terlihat"
Jika kita selidiki dari para sarjana antropologi dan kebudayaan kuno, mereka menngatakan bahawa bahasa yang paling tua yang diketahui di bumi ini adalah Bahasa Sumeria yang sejarahnya mencapai kepada kira-kira 3500 SM iaitu masa yang dalam nisbatnya dengan sejarah umum manusia sepadan dengan lima detik. Oleh itu Bahasa Arab adalah bahasa induk bagi bahasa-bahasa umat manusia seluruhnya. Bahasa Arab adalah bahasa pertama yang kemudian terbitlah bahasa-bahasa kuno yang lainnya yang juga disebut sebagai Bahasa Aramia yang merupakan cabang darinya. Beberapa teks dalam Bahasa Aramia yang menunjukkan bahawa pada ke 14 SM suatu bahasa dalam skala besar terdiri-dari bentuk-bentuk huruf arab sekarang ini telah ditemui.,

Thursday, February 4, 2010

JIN 1

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kepada ALLAH saya bersyukur kerana telah memberikan kurnia dan hidayah-Nya; selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan tabi'in semuanya yang telah memperjuang
kan Islam sebagai agama yang benar dan diredai ALLAH.

Ingin sekali saya menulis di blog saya ini tentang jin yang mana mereka adalah makhluk ALLAH yang benar-benar wujud di dunia ini sebagaimana ALLAH SWT berfirman "Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia." (Al-Hijr:27). Namun, kita tidak dapat melihat mereka dalam keadaan biasa seperti firman ALLAH SWT "Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka." (Al-A'raf:27).

Maka dengan ini, entry seterusnya adalah tentang jin...Insya ALLAH.