Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga anda semua diberkati ALLAH hendaknya..

Thursday, November 12, 2009

Kehidupan dan Kematian - Stroke

Salam,

Entry kali ini lebih menjurus kepada kehidupan kita di dunia ini. Apabila nyawa masih dikandung badan kita akan orang akan berkata bahawa kita masih hidup. Tetapi tidakkah kita terfikir bahawa ada masanya kita telah pun mati sebelum ajal. Mati yang dimaksudkan di sini adalah kita tidak mampu melakukan sesuatu apa pun tanpa bantuan orang lain. Kita terlantar di pembaringan sehinggalah ajal benar-benar menjemput kita. Ramai yang berkata lebih baik mati daripada berkeadaan begitu.

Salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kita jadi begitu adalah angin ahmar atau lebih dikenali sebagai " stroke". Sebenarnya angin ahmar tidak mengira usia walaupun kebanyakannya terjadi kepada orang-orang yang berusia 55 tahun ke atas. Lelaki lebih banyak menghidapinya. Angin ahmar boleh berlaku apabila salah satu salur darah (arteri) di dalam otak kita gagal menyalurkan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan otak kita. Ini boleh disebabkan samada salur darah itu tersumbat oleh darah beku atau plak yang pecah dari penyakit salur darah artherosclerosis sama seperti serangan jantung. Ia juga boleh disebabkan salur darah arteri itu pecah di mana perdarahan akan berlaku di dalam otak. Oleh itu oksigen dan nutrien tidak sampai ke tisu otak yang memerlukannya. Apabila tisu otak yang terlibat tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien dalam masa yang tertentu, ia akan menyebabkan tisu otak yang terlibat mati. Apabila mati maka bahagian otak yang terlibat tidak boleh berfungsi lagi. Contohnya, otak yang berfungsi untuk menggerakkan tangan kanan kita mati maka tangan kanan kita tidak boleh bergerak lagi. Begitu juga bahagian-bahagian anggota badan yang lain. Otak kita mengawal semuanya. Tiap-tiap bahagian otak mengawal bahagian-bahagian tertentu anggota badan kita.

Ada beberapa penyakit yang menyumbang kepada salur darah tersumbat atau pun pecah. Yang sering kita dengar adalah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kedua-dua penyakit ini dihidapi oleh ramai orang di dunia ini. Belum ada penyembuhnya. Yang ada cuma ubat-ubat untuk mengawalnya sahaja. begitu juga angin ahmar, tiada ubat atau rawatan khusus untuk menyembuhkannya. Sesiapa yang diserang angin ahmar, mereka boleh mati atau lumpuh tidak boleh sembuh sampai bila-bila atau sembuh separuh atau sembuh sepenuhnya. Ia bergantung kepada berapa teruk angin ahmar itu menyerang dan berapa banyak bahagian otak yang terlibat (berapa banyak salur darah yang terlibat). Lumpuh tidak boleh sembuh sampai bila-bila itulah yang saya maksudkan kita sudah mati sebelum ajal. Lumpuh yang saya maksudkan ialah lumpuh kedua-dua belah anggota tubuh. Untuk pengetahuan, angin ahmar boleh menyerang kedua-dua belah anggota tubuh kerana kedua-dua belah salur darah boleh tersumbat serentak atau satu persatu. Walaupun ia jarang berlaku tetapi jika berlaku dan kita terselamat dari ajal maka akibatnya penyeksaan yang amat teruk di dunia ini. Kita tidak mampu berbuat apa-apa jika tanpa bantuan orang lain.

Ketika itu tentulah kita minta untuk mati yang sebenarnya. Tapi tahukah tuan puan sekelian apabila kita minta untuk mati dan kita dimatikan ALLAH lalu kita minta pula untuk hidup walau pun seketika untuk kita bertaubat? Sebenarnya sesiapa yang diserang angin ahmar yang teruk dan lumpuh sepenuhnya tidak boleh sembuh, itulah waktunya yang sesuai untuk kita bertaubat dan mengingati ALLAH walaupun suara tidak boleh keluar, solat tidak dapat dilakukan dan ibadat yang lain juga tidak dapat dilakukan. Selagi nyawa tidak sampai di kerongkong (halkum) maka jika ALLAH menghendaki boleh sahaja taubat kita diterimanya. Penderitaan yang kita hadapi mungkin jadi kifarah kepada kita. Wallah hu a'lam...

Monday, November 2, 2009

Misteri Alam Bunian

Saya pinjam gambar nie ya Nora (Siti Hawa) dan (Pak Abdul Malik). Mintak izin juga pada penerbitnya........


Salam,

Macam maner la hamster 2 ekor nie leh masuk kat seksyen post lak??? Saper nak ambek la...


Kita sambung tentang bunian. Ada beberapa pendapat tentang siapa sebenarnya orang bunian nie. Ada yang kata mereka adalah jin. Ada yang kata mereka berasal dari keturunan jin yang berkahwin dengan manusia. Ada juga yang kata mereka mula manusia biasa tetapi sebab banyak buat kejahatan dan berasa sangat malu lalu bermohon kepada ALLAH supaya dihalimunankan dari pandangan manusia biasa. Seorang pakcik yang saya tanya pula berkata mereka adalah mulanya makhluk ALLAH seperti manusia yang mendiami alam kayangan. Pergaduhan berlaku di kayangan tersebut lalu sebahagiannya di hukum dengan tinggal di bumi.


Jika mereka jin, bermakna jasad mereka dari api dan angin. Jika mereka manusia campur jin maka jasad mereka terdiri dari api, angin, air dan tanah macam manusia tetapi mempunyai lebih unsur api dan angin. Manakala manusia pula mempunyai unsur tanah dan air yang lebih. Dari segi sains memang logik dan masuk dek akal. Maka dengan itu perkahwinan dengan orang bunian boleh terjadi dan boleh mendatangkan zuriat. Manakala jin pula hampir mustahil (tidak mustahil jika ALLAH izinkan) boleh mendatangkan zuriat jika berkahwin dengan manusia. Jika terjadi pun adalah disebabkan sperma jin bercampur dengan sperma manusia maka jadilah anak khunsa terutama jika manusia menjimak isterinya atau wanita lain dalam waktu haid.


Oleh itu tidak hairanlah jika orang bunian boleh menjelma kepada rupa manusia dan boleh disentuh macam menyentuh manusia jika mereka mahu. Ada yang mengatakan mereka boleh jadi manusia seperti kita jika unsur api dan angin dikurangkan sehingga ke paras yang ada pada manusia. Jika jin yang asli, mereka amat sukar menjelma di hadapan manusia, kecuali dengan syarat-syarat yang tertentu, seperti manusia itu terlalu takut, diarahkan oleh pawang yang berilmu hitam dengan mentera dan benda-benda yang tertentu yang diminta oleh jin tersebut atau manusia sendiri yang meminum air sihir. Biasanya jin akan meminjam tubuh manusia atau haiwan seperti ular dan anjing dalam penjelmaan yang lebih mudah baginya. Jadi kesimpulannya saya lebih setuju jika orang bunian dikatakan mempunyai perbezaan sedikit dengan jin yang biasa kita sebut. Tidak perlulah saya jelaskan dengan terperinci tentang jin sebab mereka mempunyai berbagai jenis pula serta mempunyai keupayaan yang berbeza dikalangan mereka.


Orang bunian kebanyakannya tinggal di hutan yang sunyi dari gangguan manusia. Ada juga yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan manusia terutamanya di kampung-kampung. Seperti kita, mereka mempunyai masyarakat dan cara hidup yang hampir sama dengan kita iaitu berkeluarga, makan-minum, tidur, bermain dan lain-lain lagi. Bila saya sebut orang bunian, maka yang saya maksudkan mereka semuanya Islam. Cuma seperti kita mereka ada yang kurang taat perintah ALLAH serta nakal sikit. Yang kafir saya lebih setuju mengklasifikasikan mereka kepada golongan jin yang cuma mempunyai unsur api dan angin. Kebanyakan orang taat kepada perintah ALLAH. Bunian dan jin saling boleh melihat di antara mereka. Apakah mereka mempunyai rumah, bangunan dan kenderaan seperti kita? Ya, mereka juga mempunyai benda-benda yang seperti kita ada. Mereka juga menggunakan mata wang untuk urusan jual-beli.


Kebanyakan mereka mempunyai rupa paras yang elok dipandang mata., pembersih dan tidak sukakan kekotoran. Penebangan hutan untuk pembalakan dan pembangunan manusia telah menjejaskan kawasan mereka. Kesian mereka kan kan kan???


Abang saya yang sulung pernah hampir nak kahwin dengan orang bunian. Tetapi kerana syarat-syarat yang ketat dan sukar dipatuhi maka niat tu terpaksa ditolak. Sampai sekarang abang saya masih sekali sekala berhubung dengan orang bunian itu dalam mimpi dan bercerita tentang keluarga masing-masing. Puteri bunian tu dah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak. Itu cerita masa saya berumur 7-8 tahun dulu. Saya mintak maaf kerana lambat post topik nie. Kalau perlu mungkin...opps silap(nnt marah lak sorang tu)...kalau perlu insya ALLAH saya tambah skit2 lagi kemudian yekk!!!


Posted on Monday 2nd Nov 2009 at 2:40am waktu Mesia




Hamster Aku

Jangan luper bagi makan yek???

Hamster