Thursday, October 29, 2009

Bunian

Salam,
Anda pernah ke alam bunian? Saya tak pernah. Kalau orang bunian boleh surf internet ziarahlah blog saya nie. Citer sikit tentang alam bunian untuk tatapan kami manusia semua nie. Saya berminat sangat nak tahu tentang alam bunian. Dengar citer orang bunian tergolong dari bangsa jin. Tapi mereka jin yang mempunyai rupa manusia macam kita nie. Cuma kita tak nampak mereka, tapi mereka nampak kita.
Esok saya nak sambung tentang citer bunian nie...

Posted on 29th Oct 2009 at 11:52 waktu Mesia

Friday, October 23, 2009

Let Me Know

Salam,

Semalam hatiku tidak tenteram lagi. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Ya ALLAH ya TUHANku janganlah engkau berikan dugaan kepadanya yang tidak mampu ditanggungnya, kasihanilah dia,sayangilah dia, jauhilah dia dari malapetaka dan kuatkanlah iman dan semangatnya. Aku bermohon kepadamu wahai TUHAN yang mencipta sekelian makhluk, berikanlah kegembiraan kepadanya di dunia ini dan di akhirat nanti selama-lamanya. Perkenankan doaku ini ya ALLAH. Amin ya Rabbal 'Alamin...

Posted on Friday, 23rd Oct. 2009 at 4:00pm waktu Mesia

Wednesday, October 21, 2009

Telepati

Salam, (Tarikh dan hari di atas tu tak ikut waktu Mesia.)

Tahukah saudara sekelian apa itu telepati (telepathy)? Secara ringkasnya bolehlah saya katakan telepati adalah perhubungan perasaan minda di antara seorang dengan seorang yang lain termasuk haiwan. Definisi lain dari Wikepedia, Telepathy:( Greek, tele meaning "distant" and, patheia meaning " to be affected by", is supposed to be the transfer of information on thoughts and feelings between individuals by means other than the five senses. A person who is able to make use of telepathy is said to be able to read the thoughts and stored the information in the brain of others.

Telepathi bolehlah kita pecahkan jika mahu, kepada dua (saya cedok dari Indon...mintak permisi ya pak).
1. Telepati Hikmah
Sarana yang diperguna dalam telepati hikmah sangat sederhana sekali, kerana setiap umat Islam pasti hapal surah Al-Fatihah. Sebagai Ummul Kitab surah Al-Fatihah banyak mengandung hal-hal yang berguna untuk dunia dan akhirat. Salah satunya untuk telepati. Dengan mengirimkan surah Al-Fatihah dengan cara-cara tertentu, kita dapati mengobati seseorang yang sedang gelisah, cemas dan stress dari jarak jauh. Ini jelas bukan kebetulan belaka.
2. Telepati Spiritual
Telepati spiritual mempunyai banyak cara yang dilakukan si pelaku dan bermacam ritualpun bisa digelar. Mulai dari yang biasa sampai yang nyeleneh pun ada (?? aper yek..yang mengarut kot). Telepati spiritual ini memang sangat populer di kalangan masyarakat kita kerana kemampuannya yang dapat dipergunakan untuk berbagai hal, salah satunya untuk berkomunikasi jarak jauh.

Bolehlah saya katakan bahawa ramai yang tidak sedar bahawa mereka pernah menerima mesej berbentuk telepati., terutamanya di antara ibu dan anak.

"Rasanya saya telah bertelepati dengan seseorang sejak akhir-akhir ini. Jika tidak kenapa dia tahu saya tak OK. Memang saya tak OK malam 19hb Oktober 2009. Tapi pagi 20hb tu dah OK sebab tu saya cakap kat dia saya OK pada petangnya. Susah jugak kalau orang lain dapat mesej telepati yang buat hatinya tidak tenteram. Sedikit sebanyak hatinya akan terasa sesuatu yang tak kena."

Posted on Wednesday 21st October 2009 at 1:50am MY time.

Sunday, October 18, 2009

Peniaga Wanita Mati Dirompak. Kuantan: 17 Okt....

Salam,

Rasa nak tercabut nyawa aku apabila terpandangkan tajuk berita di atas di sebuah surat khabar tempatan. Ahh...orang lain rupanya. Tapi aku terfikir sejenak. Malaysia tanahairku, penduduknya masih belum selamat walaupun berada di dalam rumah samada wanita bersendirian ataupun bertemankan suami, abang, adik lelaki, anak lelaki dewasa ataupun bapa. Bagaimana kalau di luar rumah?

Perompak-perompak ini bukan sahaja merompak tetapi juga mencederakan, merogol malah sejak akhir-akhir ini terus membunuh tuan rumah. Aku rasa tanahairku masih belum aman dalam erti kata sebenar. Ramai perompak-perompak tersebut lepas begitu sahaja.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa iaitu Puan Fatimah Zaharah Sulong...Al-Fatihah.

Saturday, October 17, 2009

Free Paper

Salam,

Apakah yang akan terjadi jika bongkah-bongkah dan ketulan ais di Artik dan Antartika terus mencair? Tentunya paras air di luatan akan bertambah. Lautan akhirnya akan menenggelamkan daratan. Jika tidak seluruhnya mungkin sebahagiannya. Daratan memang sudah sempit dengan penduduk dan pembangunan. Manusia akan mencari kawasan lain yang lebih selamat. Di gunung-gunung mungkin. Di bulan? Di Planet Marikh? ...atau pencairan ais petanda akan munculnya makhluk ALLAH bernama yakjuj dan makjuj...dajjal...Al-Mahdi..Nabi Isa a.s.

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui...

Wednesday, October 14, 2009

sambung H1N1

...Swine influenza (selesema babi) boleh menyerang manusia dari keadaan yang kurang teruk (mild) kepada keadaan yang sangat teruk (severe). Dari 2005 hingga Januari 2009, terdapat 12 kes swine influenza pada manusia dilapor di United States (US). Tiada yang mati. Pada 1980, bagaimanapun seorang wanita hamil berumur 32 tahun yang sebelum itu sihat sejahtera, telah maut disebabkan pneumonia (jangkitan paru2) akibat komplikasi dari swine influenza di Wisconsin.

Wabak swine influenza pada tahun 1976 di Fort Dix, New Jersey, melibatkan lebih dari 200 kes, setengahnya teruk dengan satu kematian. Kes pertama yang dikesan melibatkan seorang tentera di Fort Dix yang mengadu berasa letih dan lemah. Dia mati pada keesokan harinya.

Ketakutan kepada pandemik swine influenza pada tahun 1976 menyebabkan wujudnya kempen nasional di US dengan mengimunisasi hampir keseluruhan penduduknya. Pada Oktober 1976, lebih kurang 40 juta penduduk menerima vaksin A/New Jersey/1976/H1N1 (iaitu vaksin swine influenza) sebelum diberhentikan kerana kaitannya dengan sindrom Guillain Barre (GBS). Lebih kurang 500 kes GBS dilaporkan dengan 25 kematian disebabkan komplikasi paru-paru.

Penyelidikan terkini adalah untuk mencari dan menentukan kaitan di antara GBS dan vaksin swine influenza 1976 kerana vaksin-vaksin yang selepas itu tidak mempunyai kaitan yang ketara dengan penyakit GBS. Nechamkin dan rakan-rakan (2008) mendapati, inokulasi vaksin swine influenza 1976 dan juga vaksin-vaksin swine influenza tahun 1991 - 1992 dan tahun 2004 - 2005 kepada tikus-tikus menyebabkan penghasilan antibodi terhadap antigangliosida (anti-GM1) yang mempunyai kaitan dengan terjadinya penyakit GBS. Mereka mengesyorkan supaya penyelidikan lanjutan harus dilakukan bagi menentukan bagaimana komponen-komponen vaksin swine influenza ini boleh mencetuskan kesan terhadap antigangliosida.

Wabak Influenza A H1N1 Sekarang/Terkini (Dulu dikenali dengan Swine Influenza/Selesema Babi)

Kes-kes influenza A (H1N1) telah dilaporkan dengan meluasnya di seluruh dunia. Pada tahun 2009, kes-kes penyakit seperti-influenza (influenza-like illness) pertama kalinya dilaporkan di Mexico pada 18hb Mac; wabak itu kemudiannya disahkan sebagai influenza A (H1N1). Penyiasatan diteruskan untuk menjelaskan cara penyebaran dan keterukannya (severity) influenza A (H1N1) di Mexico. Daripada kes-kes yang disyaki secara klinikal telah dilaporkan di 19 daripada 32 buah negeri di Mexico, cuma 97 kes sahaja yang disahkan secara makmal sebagai influenza A (H1N1) (12 daripadanya sama secara genetiknya dengan virus influenza A (H1N1) dari California). Pada 5hb Mei 2009, hampir 600 kes influenza A (H1N1) disahkan di Mexico termasuk 25 kematian.

Pada 17hb April 2009, CDC (Centers for Disease Control and Prevention) telah mengesahkan 2 kes penyakit demam saluran penafasan pada kanak-kanak yang tinggal di negeri yang bersempadan dengan California bahagian selatan adalah disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Pada 26hb April 2009, Department of Health and Human Services di US mengistiharkan kecemasan kesihatan awam nasional melibatkan influenza A (H1N1) yang mana wabak ini boleh menggugat keselamatan negara. Pada 25hb Jun 2009, sebanyak 27,717 kes telah disahkan secara ujian makmal di US. Terdapat seramai 3,000 orang telah dimasukkan ke hospital dengan 127 kematian disebabkan oleh influenza A (H1N1) di US pada ketika itu.

Pada penghujung Jun 2009, WHO (World Health Organization) telah melaporkan hampir 69,000 orang di lebih dari 100 negara telah disahkan dijangkiti dengan influenza A (H1N1) dengan 263 kematian. Pada 11hb Jun 2009, WHO telah meningkatkan tahap/fasa amaran pandemik kepada tahap/fasa 6 (yang bermakna pandemik sedunia) keran jangkitan virus ini telah merebak melepasi Amerika Utara ke Australia, UK, Argentina, Chile, Spain dan Jepun. Pada 4hb Oktober 2009, sebanyak 375,000 kes telah disahkan secara ujian makmal dengan 4,500 kematian.

Di Malaysia lebih daripada 3,000 orang telah dijangkiti dengan dengan influenza A (H1N1). Setakat 11hb Oktober 2009, jumlah kematian sebanyak 77 orang masih kekal. 635 kes penyakit- seperti influenza masih dirawat di hospital. Cuma 31 kes sahaja yang disahkan secara ujian makmal sebagai kes influenza A (H1N1)....bersambung

Posted on 14th October 2009 at 2:00 am Malaysian Time

Friday, October 9, 2009

H1N1



Pengenalan
Nama lain Swine influenza (selsema babi). Swine influenza adalah penyakit jangkitan respiratori (pernafasan) yang amat mudah berjangkit (highly contagiuos) pada babi. Penyebabnya adalah salah satu dari virus swine influenza A. Bagaimana pun sejenis virus lain, swine influenza C boleh juga menyebabkan jangkitan pada babi. Strategi semasa untuk mengawal merebaknya virus ini pada haiwan adalah dengan salah satu dari vaksin bivalent virus swine influenza yang boleh didapati secara komersial.

Penularan virus swine influenza kepada manusia jarang berlaku. Walaubagaimana pun penularan kepada manusia boleh berlaku melalui hubungan dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang tercemar dengan virus swine influenza. Apabila manusia telah dijangkiti, ia boleh merebak dengan mudah kepada manusia lain sama seperti cara influenza bermusim (seasonal) merebak ia itu dengan batuk, bersin dan sebagainya.

Sejarah
Pada tahun 1918 satu wabak yang dikenali dengan pandemik (wabak seluruh dunia) Spanish influenza telah menjangkiti sepertiga penduduk dunia (anggaran 500 juta orang) dan menyebabkan lebih kurang 50 juta kematian. Pada tahun 1918, influenza manusia dan kaitannya dengan influenza unggas (avian) dan babi masih belum diketahui dan difahami sepenuhnya. Jawapannya mula diketahui hanya pada 1930an apabila virus berkaitan (sekarang dikenali sebagai H1N1) ditemui pada babi dan kemudian pada manusia...bersambung.

ARI CUTI

Arinie aku tak keja. Mmg tiap2 ari Jumaat aku tutup business. Self-employed la katakan. Boleh pilih ari apa pun. Well...I would like to inform someone very special in my life that I am very happy to hear that you have a wonderful life with your family and that must be maintained until the end. Don't bother about me as you know that "Mac Gyver" will finally be able to adapt to any situation.
Adios!!

Posted on 9th October 2009 at 8:57 pm Malaysian Time

Wednesday, October 7, 2009

Memori Yang Tersimpan

Semalam aku tak tidur. Tak boleh nak lelapkan mata langsung. Dah lama air mataku tidak mengalir deras seperti semalam. Aku sangkakan boleh mengharunginya tanpa airmata tapi aku tak berdaya Ditambah lagi dengan lagu Sudirman ...salam terakhir. Aku rasa macam aku nak mati. Hatta, seorang pahlawan pun akan menangis bila tiba ketikanya. Aku bukan seorang pahlawan tapi sekadar seorang insan yang banyak buat kesilapan. Hari ni langsung tak ada mood.

Posted on 7th October 2009 at 6:22 pm Malaysian Time

Tuesday, October 6, 2009

Blog

Lama gak dah tak update blog ni. Arini rasa nak tulis sikit.

Inilah blog pertama dan tunggal yg aku ada. Kalu ikutkan hati malas nak uruskan blog ni. Tp aku tak nak ikutkan hati yg malas tu. Mula2 dulu aku buat blog ni sbb aku teringatkan seseorang yg amat aku _ _ _ _ n _ _ dan _ _ _i _ _ (secret..takleh bg tau). Aku tau ALLAH telah mengabul doaku. Aku juga tau bahawa aku telah mengambil risiko yg amat besar. Tp tolak tepi dulu pasal risiko tu. Biarlah ALLAH yg uruskan seterusnya.

Walaupun penat bekerja, tp aku usahakan juga menulis dlm blog ni. Kalau takde sape2 yg nak singgah pun tak apa...biar aku saja yg singgah hari2. Paling tidak aku dpt membina mindaku sendiri...sampai bertemu kembali jika panjang umur.

Posted on 6th Oct. 2009 at 1:54 am waktu Malaysia