Thursday, December 17, 2009







Kita semua umat yang terpilih dan istimewa....gunakanlah sebaik-baiknya.
Wassalam

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga anda semua diberkati ALLAH hendaknya..

Thursday, November 12, 2009

Kehidupan dan Kematian - Stroke

Salam,

Entry kali ini lebih menjurus kepada kehidupan kita di dunia ini. Apabila nyawa masih dikandung badan kita akan orang akan berkata bahawa kita masih hidup. Tetapi tidakkah kita terfikir bahawa ada masanya kita telah pun mati sebelum ajal. Mati yang dimaksudkan di sini adalah kita tidak mampu melakukan sesuatu apa pun tanpa bantuan orang lain. Kita terlantar di pembaringan sehinggalah ajal benar-benar menjemput kita. Ramai yang berkata lebih baik mati daripada berkeadaan begitu.

Salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kita jadi begitu adalah angin ahmar atau lebih dikenali sebagai " stroke". Sebenarnya angin ahmar tidak mengira usia walaupun kebanyakannya terjadi kepada orang-orang yang berusia 55 tahun ke atas. Lelaki lebih banyak menghidapinya. Angin ahmar boleh berlaku apabila salah satu salur darah (arteri) di dalam otak kita gagal menyalurkan darah yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan otak kita. Ini boleh disebabkan samada salur darah itu tersumbat oleh darah beku atau plak yang pecah dari penyakit salur darah artherosclerosis sama seperti serangan jantung. Ia juga boleh disebabkan salur darah arteri itu pecah di mana perdarahan akan berlaku di dalam otak. Oleh itu oksigen dan nutrien tidak sampai ke tisu otak yang memerlukannya. Apabila tisu otak yang terlibat tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien dalam masa yang tertentu, ia akan menyebabkan tisu otak yang terlibat mati. Apabila mati maka bahagian otak yang terlibat tidak boleh berfungsi lagi. Contohnya, otak yang berfungsi untuk menggerakkan tangan kanan kita mati maka tangan kanan kita tidak boleh bergerak lagi. Begitu juga bahagian-bahagian anggota badan yang lain. Otak kita mengawal semuanya. Tiap-tiap bahagian otak mengawal bahagian-bahagian tertentu anggota badan kita.

Ada beberapa penyakit yang menyumbang kepada salur darah tersumbat atau pun pecah. Yang sering kita dengar adalah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kedua-dua penyakit ini dihidapi oleh ramai orang di dunia ini. Belum ada penyembuhnya. Yang ada cuma ubat-ubat untuk mengawalnya sahaja. begitu juga angin ahmar, tiada ubat atau rawatan khusus untuk menyembuhkannya. Sesiapa yang diserang angin ahmar, mereka boleh mati atau lumpuh tidak boleh sembuh sampai bila-bila atau sembuh separuh atau sembuh sepenuhnya. Ia bergantung kepada berapa teruk angin ahmar itu menyerang dan berapa banyak bahagian otak yang terlibat (berapa banyak salur darah yang terlibat). Lumpuh tidak boleh sembuh sampai bila-bila itulah yang saya maksudkan kita sudah mati sebelum ajal. Lumpuh yang saya maksudkan ialah lumpuh kedua-dua belah anggota tubuh. Untuk pengetahuan, angin ahmar boleh menyerang kedua-dua belah anggota tubuh kerana kedua-dua belah salur darah boleh tersumbat serentak atau satu persatu. Walaupun ia jarang berlaku tetapi jika berlaku dan kita terselamat dari ajal maka akibatnya penyeksaan yang amat teruk di dunia ini. Kita tidak mampu berbuat apa-apa jika tanpa bantuan orang lain.

Ketika itu tentulah kita minta untuk mati yang sebenarnya. Tapi tahukah tuan puan sekelian apabila kita minta untuk mati dan kita dimatikan ALLAH lalu kita minta pula untuk hidup walau pun seketika untuk kita bertaubat? Sebenarnya sesiapa yang diserang angin ahmar yang teruk dan lumpuh sepenuhnya tidak boleh sembuh, itulah waktunya yang sesuai untuk kita bertaubat dan mengingati ALLAH walaupun suara tidak boleh keluar, solat tidak dapat dilakukan dan ibadat yang lain juga tidak dapat dilakukan. Selagi nyawa tidak sampai di kerongkong (halkum) maka jika ALLAH menghendaki boleh sahaja taubat kita diterimanya. Penderitaan yang kita hadapi mungkin jadi kifarah kepada kita. Wallah hu a'lam...

Monday, November 2, 2009

Misteri Alam Bunian

Saya pinjam gambar nie ya Nora (Siti Hawa) dan (Pak Abdul Malik). Mintak izin juga pada penerbitnya........


Salam,

Macam maner la hamster 2 ekor nie leh masuk kat seksyen post lak??? Saper nak ambek la...


Kita sambung tentang bunian. Ada beberapa pendapat tentang siapa sebenarnya orang bunian nie. Ada yang kata mereka adalah jin. Ada yang kata mereka berasal dari keturunan jin yang berkahwin dengan manusia. Ada juga yang kata mereka mula manusia biasa tetapi sebab banyak buat kejahatan dan berasa sangat malu lalu bermohon kepada ALLAH supaya dihalimunankan dari pandangan manusia biasa. Seorang pakcik yang saya tanya pula berkata mereka adalah mulanya makhluk ALLAH seperti manusia yang mendiami alam kayangan. Pergaduhan berlaku di kayangan tersebut lalu sebahagiannya di hukum dengan tinggal di bumi.


Jika mereka jin, bermakna jasad mereka dari api dan angin. Jika mereka manusia campur jin maka jasad mereka terdiri dari api, angin, air dan tanah macam manusia tetapi mempunyai lebih unsur api dan angin. Manakala manusia pula mempunyai unsur tanah dan air yang lebih. Dari segi sains memang logik dan masuk dek akal. Maka dengan itu perkahwinan dengan orang bunian boleh terjadi dan boleh mendatangkan zuriat. Manakala jin pula hampir mustahil (tidak mustahil jika ALLAH izinkan) boleh mendatangkan zuriat jika berkahwin dengan manusia. Jika terjadi pun adalah disebabkan sperma jin bercampur dengan sperma manusia maka jadilah anak khunsa terutama jika manusia menjimak isterinya atau wanita lain dalam waktu haid.


Oleh itu tidak hairanlah jika orang bunian boleh menjelma kepada rupa manusia dan boleh disentuh macam menyentuh manusia jika mereka mahu. Ada yang mengatakan mereka boleh jadi manusia seperti kita jika unsur api dan angin dikurangkan sehingga ke paras yang ada pada manusia. Jika jin yang asli, mereka amat sukar menjelma di hadapan manusia, kecuali dengan syarat-syarat yang tertentu, seperti manusia itu terlalu takut, diarahkan oleh pawang yang berilmu hitam dengan mentera dan benda-benda yang tertentu yang diminta oleh jin tersebut atau manusia sendiri yang meminum air sihir. Biasanya jin akan meminjam tubuh manusia atau haiwan seperti ular dan anjing dalam penjelmaan yang lebih mudah baginya. Jadi kesimpulannya saya lebih setuju jika orang bunian dikatakan mempunyai perbezaan sedikit dengan jin yang biasa kita sebut. Tidak perlulah saya jelaskan dengan terperinci tentang jin sebab mereka mempunyai berbagai jenis pula serta mempunyai keupayaan yang berbeza dikalangan mereka.


Orang bunian kebanyakannya tinggal di hutan yang sunyi dari gangguan manusia. Ada juga yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan manusia terutamanya di kampung-kampung. Seperti kita, mereka mempunyai masyarakat dan cara hidup yang hampir sama dengan kita iaitu berkeluarga, makan-minum, tidur, bermain dan lain-lain lagi. Bila saya sebut orang bunian, maka yang saya maksudkan mereka semuanya Islam. Cuma seperti kita mereka ada yang kurang taat perintah ALLAH serta nakal sikit. Yang kafir saya lebih setuju mengklasifikasikan mereka kepada golongan jin yang cuma mempunyai unsur api dan angin. Kebanyakan orang taat kepada perintah ALLAH. Bunian dan jin saling boleh melihat di antara mereka. Apakah mereka mempunyai rumah, bangunan dan kenderaan seperti kita? Ya, mereka juga mempunyai benda-benda yang seperti kita ada. Mereka juga menggunakan mata wang untuk urusan jual-beli.


Kebanyakan mereka mempunyai rupa paras yang elok dipandang mata., pembersih dan tidak sukakan kekotoran. Penebangan hutan untuk pembalakan dan pembangunan manusia telah menjejaskan kawasan mereka. Kesian mereka kan kan kan???


Abang saya yang sulung pernah hampir nak kahwin dengan orang bunian. Tetapi kerana syarat-syarat yang ketat dan sukar dipatuhi maka niat tu terpaksa ditolak. Sampai sekarang abang saya masih sekali sekala berhubung dengan orang bunian itu dalam mimpi dan bercerita tentang keluarga masing-masing. Puteri bunian tu dah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak. Itu cerita masa saya berumur 7-8 tahun dulu. Saya mintak maaf kerana lambat post topik nie. Kalau perlu mungkin...opps silap(nnt marah lak sorang tu)...kalau perlu insya ALLAH saya tambah skit2 lagi kemudian yekk!!!


Posted on Monday 2nd Nov 2009 at 2:40am waktu Mesia




Hamster Aku

Jangan luper bagi makan yek???

Hamster

Thursday, October 29, 2009

Bunian

Salam,
Anda pernah ke alam bunian? Saya tak pernah. Kalau orang bunian boleh surf internet ziarahlah blog saya nie. Citer sikit tentang alam bunian untuk tatapan kami manusia semua nie. Saya berminat sangat nak tahu tentang alam bunian. Dengar citer orang bunian tergolong dari bangsa jin. Tapi mereka jin yang mempunyai rupa manusia macam kita nie. Cuma kita tak nampak mereka, tapi mereka nampak kita.
Esok saya nak sambung tentang citer bunian nie...

Posted on 29th Oct 2009 at 11:52 waktu Mesia

Friday, October 23, 2009

Let Me Know

Salam,

Semalam hatiku tidak tenteram lagi. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Ya ALLAH ya TUHANku janganlah engkau berikan dugaan kepadanya yang tidak mampu ditanggungnya, kasihanilah dia,sayangilah dia, jauhilah dia dari malapetaka dan kuatkanlah iman dan semangatnya. Aku bermohon kepadamu wahai TUHAN yang mencipta sekelian makhluk, berikanlah kegembiraan kepadanya di dunia ini dan di akhirat nanti selama-lamanya. Perkenankan doaku ini ya ALLAH. Amin ya Rabbal 'Alamin...

Posted on Friday, 23rd Oct. 2009 at 4:00pm waktu Mesia

Wednesday, October 21, 2009

Telepati

Salam, (Tarikh dan hari di atas tu tak ikut waktu Mesia.)

Tahukah saudara sekelian apa itu telepati (telepathy)? Secara ringkasnya bolehlah saya katakan telepati adalah perhubungan perasaan minda di antara seorang dengan seorang yang lain termasuk haiwan. Definisi lain dari Wikepedia, Telepathy:( Greek, tele meaning "distant" and, patheia meaning " to be affected by", is supposed to be the transfer of information on thoughts and feelings between individuals by means other than the five senses. A person who is able to make use of telepathy is said to be able to read the thoughts and stored the information in the brain of others.

Telepathi bolehlah kita pecahkan jika mahu, kepada dua (saya cedok dari Indon...mintak permisi ya pak).
1. Telepati Hikmah
Sarana yang diperguna dalam telepati hikmah sangat sederhana sekali, kerana setiap umat Islam pasti hapal surah Al-Fatihah. Sebagai Ummul Kitab surah Al-Fatihah banyak mengandung hal-hal yang berguna untuk dunia dan akhirat. Salah satunya untuk telepati. Dengan mengirimkan surah Al-Fatihah dengan cara-cara tertentu, kita dapati mengobati seseorang yang sedang gelisah, cemas dan stress dari jarak jauh. Ini jelas bukan kebetulan belaka.
2. Telepati Spiritual
Telepati spiritual mempunyai banyak cara yang dilakukan si pelaku dan bermacam ritualpun bisa digelar. Mulai dari yang biasa sampai yang nyeleneh pun ada (?? aper yek..yang mengarut kot). Telepati spiritual ini memang sangat populer di kalangan masyarakat kita kerana kemampuannya yang dapat dipergunakan untuk berbagai hal, salah satunya untuk berkomunikasi jarak jauh.

Bolehlah saya katakan bahawa ramai yang tidak sedar bahawa mereka pernah menerima mesej berbentuk telepati., terutamanya di antara ibu dan anak.

"Rasanya saya telah bertelepati dengan seseorang sejak akhir-akhir ini. Jika tidak kenapa dia tahu saya tak OK. Memang saya tak OK malam 19hb Oktober 2009. Tapi pagi 20hb tu dah OK sebab tu saya cakap kat dia saya OK pada petangnya. Susah jugak kalau orang lain dapat mesej telepati yang buat hatinya tidak tenteram. Sedikit sebanyak hatinya akan terasa sesuatu yang tak kena."

Posted on Wednesday 21st October 2009 at 1:50am MY time.

Sunday, October 18, 2009

Peniaga Wanita Mati Dirompak. Kuantan: 17 Okt....

Salam,

Rasa nak tercabut nyawa aku apabila terpandangkan tajuk berita di atas di sebuah surat khabar tempatan. Ahh...orang lain rupanya. Tapi aku terfikir sejenak. Malaysia tanahairku, penduduknya masih belum selamat walaupun berada di dalam rumah samada wanita bersendirian ataupun bertemankan suami, abang, adik lelaki, anak lelaki dewasa ataupun bapa. Bagaimana kalau di luar rumah?

Perompak-perompak ini bukan sahaja merompak tetapi juga mencederakan, merogol malah sejak akhir-akhir ini terus membunuh tuan rumah. Aku rasa tanahairku masih belum aman dalam erti kata sebenar. Ramai perompak-perompak tersebut lepas begitu sahaja.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa iaitu Puan Fatimah Zaharah Sulong...Al-Fatihah.

Saturday, October 17, 2009

Free Paper

Salam,

Apakah yang akan terjadi jika bongkah-bongkah dan ketulan ais di Artik dan Antartika terus mencair? Tentunya paras air di luatan akan bertambah. Lautan akhirnya akan menenggelamkan daratan. Jika tidak seluruhnya mungkin sebahagiannya. Daratan memang sudah sempit dengan penduduk dan pembangunan. Manusia akan mencari kawasan lain yang lebih selamat. Di gunung-gunung mungkin. Di bulan? Di Planet Marikh? ...atau pencairan ais petanda akan munculnya makhluk ALLAH bernama yakjuj dan makjuj...dajjal...Al-Mahdi..Nabi Isa a.s.

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui...

Wednesday, October 14, 2009

sambung H1N1

...Swine influenza (selesema babi) boleh menyerang manusia dari keadaan yang kurang teruk (mild) kepada keadaan yang sangat teruk (severe). Dari 2005 hingga Januari 2009, terdapat 12 kes swine influenza pada manusia dilapor di United States (US). Tiada yang mati. Pada 1980, bagaimanapun seorang wanita hamil berumur 32 tahun yang sebelum itu sihat sejahtera, telah maut disebabkan pneumonia (jangkitan paru2) akibat komplikasi dari swine influenza di Wisconsin.

Wabak swine influenza pada tahun 1976 di Fort Dix, New Jersey, melibatkan lebih dari 200 kes, setengahnya teruk dengan satu kematian. Kes pertama yang dikesan melibatkan seorang tentera di Fort Dix yang mengadu berasa letih dan lemah. Dia mati pada keesokan harinya.

Ketakutan kepada pandemik swine influenza pada tahun 1976 menyebabkan wujudnya kempen nasional di US dengan mengimunisasi hampir keseluruhan penduduknya. Pada Oktober 1976, lebih kurang 40 juta penduduk menerima vaksin A/New Jersey/1976/H1N1 (iaitu vaksin swine influenza) sebelum diberhentikan kerana kaitannya dengan sindrom Guillain Barre (GBS). Lebih kurang 500 kes GBS dilaporkan dengan 25 kematian disebabkan komplikasi paru-paru.

Penyelidikan terkini adalah untuk mencari dan menentukan kaitan di antara GBS dan vaksin swine influenza 1976 kerana vaksin-vaksin yang selepas itu tidak mempunyai kaitan yang ketara dengan penyakit GBS. Nechamkin dan rakan-rakan (2008) mendapati, inokulasi vaksin swine influenza 1976 dan juga vaksin-vaksin swine influenza tahun 1991 - 1992 dan tahun 2004 - 2005 kepada tikus-tikus menyebabkan penghasilan antibodi terhadap antigangliosida (anti-GM1) yang mempunyai kaitan dengan terjadinya penyakit GBS. Mereka mengesyorkan supaya penyelidikan lanjutan harus dilakukan bagi menentukan bagaimana komponen-komponen vaksin swine influenza ini boleh mencetuskan kesan terhadap antigangliosida.

Wabak Influenza A H1N1 Sekarang/Terkini (Dulu dikenali dengan Swine Influenza/Selesema Babi)

Kes-kes influenza A (H1N1) telah dilaporkan dengan meluasnya di seluruh dunia. Pada tahun 2009, kes-kes penyakit seperti-influenza (influenza-like illness) pertama kalinya dilaporkan di Mexico pada 18hb Mac; wabak itu kemudiannya disahkan sebagai influenza A (H1N1). Penyiasatan diteruskan untuk menjelaskan cara penyebaran dan keterukannya (severity) influenza A (H1N1) di Mexico. Daripada kes-kes yang disyaki secara klinikal telah dilaporkan di 19 daripada 32 buah negeri di Mexico, cuma 97 kes sahaja yang disahkan secara makmal sebagai influenza A (H1N1) (12 daripadanya sama secara genetiknya dengan virus influenza A (H1N1) dari California). Pada 5hb Mei 2009, hampir 600 kes influenza A (H1N1) disahkan di Mexico termasuk 25 kematian.

Pada 17hb April 2009, CDC (Centers for Disease Control and Prevention) telah mengesahkan 2 kes penyakit demam saluran penafasan pada kanak-kanak yang tinggal di negeri yang bersempadan dengan California bahagian selatan adalah disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Pada 26hb April 2009, Department of Health and Human Services di US mengistiharkan kecemasan kesihatan awam nasional melibatkan influenza A (H1N1) yang mana wabak ini boleh menggugat keselamatan negara. Pada 25hb Jun 2009, sebanyak 27,717 kes telah disahkan secara ujian makmal di US. Terdapat seramai 3,000 orang telah dimasukkan ke hospital dengan 127 kematian disebabkan oleh influenza A (H1N1) di US pada ketika itu.

Pada penghujung Jun 2009, WHO (World Health Organization) telah melaporkan hampir 69,000 orang di lebih dari 100 negara telah disahkan dijangkiti dengan influenza A (H1N1) dengan 263 kematian. Pada 11hb Jun 2009, WHO telah meningkatkan tahap/fasa amaran pandemik kepada tahap/fasa 6 (yang bermakna pandemik sedunia) keran jangkitan virus ini telah merebak melepasi Amerika Utara ke Australia, UK, Argentina, Chile, Spain dan Jepun. Pada 4hb Oktober 2009, sebanyak 375,000 kes telah disahkan secara ujian makmal dengan 4,500 kematian.

Di Malaysia lebih daripada 3,000 orang telah dijangkiti dengan dengan influenza A (H1N1). Setakat 11hb Oktober 2009, jumlah kematian sebanyak 77 orang masih kekal. 635 kes penyakit- seperti influenza masih dirawat di hospital. Cuma 31 kes sahaja yang disahkan secara ujian makmal sebagai kes influenza A (H1N1)....bersambung

Posted on 14th October 2009 at 2:00 am Malaysian Time

Friday, October 9, 2009

H1N1



Pengenalan
Nama lain Swine influenza (selsema babi). Swine influenza adalah penyakit jangkitan respiratori (pernafasan) yang amat mudah berjangkit (highly contagiuos) pada babi. Penyebabnya adalah salah satu dari virus swine influenza A. Bagaimana pun sejenis virus lain, swine influenza C boleh juga menyebabkan jangkitan pada babi. Strategi semasa untuk mengawal merebaknya virus ini pada haiwan adalah dengan salah satu dari vaksin bivalent virus swine influenza yang boleh didapati secara komersial.

Penularan virus swine influenza kepada manusia jarang berlaku. Walaubagaimana pun penularan kepada manusia boleh berlaku melalui hubungan dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang tercemar dengan virus swine influenza. Apabila manusia telah dijangkiti, ia boleh merebak dengan mudah kepada manusia lain sama seperti cara influenza bermusim (seasonal) merebak ia itu dengan batuk, bersin dan sebagainya.

Sejarah
Pada tahun 1918 satu wabak yang dikenali dengan pandemik (wabak seluruh dunia) Spanish influenza telah menjangkiti sepertiga penduduk dunia (anggaran 500 juta orang) dan menyebabkan lebih kurang 50 juta kematian. Pada tahun 1918, influenza manusia dan kaitannya dengan influenza unggas (avian) dan babi masih belum diketahui dan difahami sepenuhnya. Jawapannya mula diketahui hanya pada 1930an apabila virus berkaitan (sekarang dikenali sebagai H1N1) ditemui pada babi dan kemudian pada manusia...bersambung.

ARI CUTI

Arinie aku tak keja. Mmg tiap2 ari Jumaat aku tutup business. Self-employed la katakan. Boleh pilih ari apa pun. Well...I would like to inform someone very special in my life that I am very happy to hear that you have a wonderful life with your family and that must be maintained until the end. Don't bother about me as you know that "Mac Gyver" will finally be able to adapt to any situation.
Adios!!

Posted on 9th October 2009 at 8:57 pm Malaysian Time

Wednesday, October 7, 2009

Memori Yang Tersimpan

Semalam aku tak tidur. Tak boleh nak lelapkan mata langsung. Dah lama air mataku tidak mengalir deras seperti semalam. Aku sangkakan boleh mengharunginya tanpa airmata tapi aku tak berdaya Ditambah lagi dengan lagu Sudirman ...salam terakhir. Aku rasa macam aku nak mati. Hatta, seorang pahlawan pun akan menangis bila tiba ketikanya. Aku bukan seorang pahlawan tapi sekadar seorang insan yang banyak buat kesilapan. Hari ni langsung tak ada mood.

Posted on 7th October 2009 at 6:22 pm Malaysian Time

Tuesday, October 6, 2009

Blog

Lama gak dah tak update blog ni. Arini rasa nak tulis sikit.

Inilah blog pertama dan tunggal yg aku ada. Kalu ikutkan hati malas nak uruskan blog ni. Tp aku tak nak ikutkan hati yg malas tu. Mula2 dulu aku buat blog ni sbb aku teringatkan seseorang yg amat aku _ _ _ _ n _ _ dan _ _ _i _ _ (secret..takleh bg tau). Aku tau ALLAH telah mengabul doaku. Aku juga tau bahawa aku telah mengambil risiko yg amat besar. Tp tolak tepi dulu pasal risiko tu. Biarlah ALLAH yg uruskan seterusnya.

Walaupun penat bekerja, tp aku usahakan juga menulis dlm blog ni. Kalau takde sape2 yg nak singgah pun tak apa...biar aku saja yg singgah hari2. Paling tidak aku dpt membina mindaku sendiri...sampai bertemu kembali jika panjang umur.

Posted on 6th Oct. 2009 at 1:54 am waktu Malaysia

Saturday, September 19, 2009

Hari Raya Eidil Fitri


Salam..


Aku ambil kesempatan nie nak tulis sedikit sebanyak kot2 der yang sudi singgah kat blog aku nie...tentang raya pose.


Sebut pasai raya nie der macam2 raya...raya haji, raya pose, sg. raya, bandar raya, hantu raya dll. Aku citer skit bab raya pose


Dulu masa budak2 mmg sronok sngt bila nak raya. Tp bila dah tua nie kurang skit. Aku lebih suka bulan Ramadan lg. Mengharapkan pengampunan dr Allah sbb banyak dose.


Tiap2 tahun berduyun2 balik kampung nak sambut raya. Aku dah lama tak balik kampung sbb mak dan abah tersayang dah berhijrah ke alam lain. Aku cuma ziarah adik beradik aku yang kebanyakannya dok kat KL


Ada yang tak sempat raya sbb dah kena panggil oleh Allah. Sesetengahnya beraya di lebuh raya jer. Zaman la nie keta mmg bnyak. Ramai yg mampu beli. Hatta tukang kebun pun leh beli keta. Salah satu sbb kemalangan adalah titik buta yg der kat mata kita. Imej yg jatuh pada titik buta di retina kita tidak dapat dikesan oleh otak kita. Yang lain mungkin mengantuk menjadi sbb. Tido dulu la yer dik kalu ngantuk.


Ada juga mati sbb lebih mkn. Maklum la leh mkn waktu siang. Tambah lak makanan org kita bnyk kolesterol dan tinggi garam ditambah lagi gula yang tinggi. Open house pun leh tahan. Sampai susah org nak pose 6 di bulan Syawal.


Eh...bnyk lak aku membebel. Apa2 pun aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" kpd seluruh umat Islam seantero dunia. Kesian umat Islam kat Palestin kan. Ada beberapa orang hamba Allah tu kena bunuh dalam bulan Ramadan lak. Zaman skang nie fitnah berleluasa sampai ramai yg keliru mana yg betul dan mana yg salah. Kalu difikir2kan, yg masuk syurga tu sedikit dan yg masuk neraka tu bnyk. Yang baik tu sedikit dan yg jahat tu bnyk.


Wassalam....

Friday, September 18, 2009

....sambung

Aidil bukanlah pelajar yang paling cemerlang di unitnya. Cuma berada dalam kumpulan sepuluh pelajar terbaik sahaja. Dia lebih sibuk dengan hal-hal yang di luar dari skop pembelajaran yang dikehendaki pada tahap akhir rendah aliran sains di Pusat Penyediaan Tenaga Manusia Jitra. Tahun depan dia akan berada ditahap tinggi yang lebih mencabar jika lulus. Kalau kantoi alamat kena cari kerjalah. Tahun 2025 ni bukan macam dua puluh tahun dulu. Mata pelajarannya amat mencabar minda.

"Dah la mandi tu...jangan nak menyanyi-nyanyi lak. Nanti tak sempat berjemaah kat surau" bebel Mak Yah. Aidil adalah anak ke dua dalam keluarga Haji Abdul Karim. Kakaknya masih belajar dalam aliran pengurusan tahap tinggi di Pusat Penyediaan Tenaga Manusia Bangi. Adiknya lelaki seorang saja berada pada tahap pertengahan rendah.

Wednesday, September 16, 2009

......sambung

Pancaindera anugerah Allah terlalu bermakna buat mahkluk bernama manusia. Sesekali terfikir oleh Aidil bagaimana keadaannya jika Allah menganugerahkan satu lagi jenis pancaindera kepadanya. Dia mahu melihat benda-benda yang tidak mampu dilihat oleh manusia biasa. Tiba-tiba Aidil terjatuh dari kerusi yang sudah usang itu lantaran terperanjat dengan kehadiran Mak Yah secara senyap-senyap. " Apa yang kamu menungkan tu Aidil ? " bentak Mak Yah. " Maghrib dah nak masuk ni...pergi mandi cepat nanti abah kamu marah " sambungnya lagi sambil menggelengkan kepala. Tanpa menjawab sepatah perkataan pun, Aidil terus berlalu dari situ dengan tersipu-sipu. Sangkanya makhluk halus yang hadir secara tiba-tiba.

Monday, September 14, 2009

MERENTASI MASA SUATU PENGEMBARAAN REALITI

BAB 1

Mega berarak lembut menyusur di kakian langit. Sesekali sang bayu menghayunkan tenaganya mengenai pepohonan kelapa di sudut sawah yang luas terbentang. Aidil memandang jauh ke langit persis mengingati sesuatu berlaku di sana.