Wednesday, October 14, 2009

sambung H1N1

...Swine influenza (selesema babi) boleh menyerang manusia dari keadaan yang kurang teruk (mild) kepada keadaan yang sangat teruk (severe). Dari 2005 hingga Januari 2009, terdapat 12 kes swine influenza pada manusia dilapor di United States (US). Tiada yang mati. Pada 1980, bagaimanapun seorang wanita hamil berumur 32 tahun yang sebelum itu sihat sejahtera, telah maut disebabkan pneumonia (jangkitan paru2) akibat komplikasi dari swine influenza di Wisconsin.

Wabak swine influenza pada tahun 1976 di Fort Dix, New Jersey, melibatkan lebih dari 200 kes, setengahnya teruk dengan satu kematian. Kes pertama yang dikesan melibatkan seorang tentera di Fort Dix yang mengadu berasa letih dan lemah. Dia mati pada keesokan harinya.

Ketakutan kepada pandemik swine influenza pada tahun 1976 menyebabkan wujudnya kempen nasional di US dengan mengimunisasi hampir keseluruhan penduduknya. Pada Oktober 1976, lebih kurang 40 juta penduduk menerima vaksin A/New Jersey/1976/H1N1 (iaitu vaksin swine influenza) sebelum diberhentikan kerana kaitannya dengan sindrom Guillain Barre (GBS). Lebih kurang 500 kes GBS dilaporkan dengan 25 kematian disebabkan komplikasi paru-paru.

Penyelidikan terkini adalah untuk mencari dan menentukan kaitan di antara GBS dan vaksin swine influenza 1976 kerana vaksin-vaksin yang selepas itu tidak mempunyai kaitan yang ketara dengan penyakit GBS. Nechamkin dan rakan-rakan (2008) mendapati, inokulasi vaksin swine influenza 1976 dan juga vaksin-vaksin swine influenza tahun 1991 - 1992 dan tahun 2004 - 2005 kepada tikus-tikus menyebabkan penghasilan antibodi terhadap antigangliosida (anti-GM1) yang mempunyai kaitan dengan terjadinya penyakit GBS. Mereka mengesyorkan supaya penyelidikan lanjutan harus dilakukan bagi menentukan bagaimana komponen-komponen vaksin swine influenza ini boleh mencetuskan kesan terhadap antigangliosida.

Wabak Influenza A H1N1 Sekarang/Terkini (Dulu dikenali dengan Swine Influenza/Selesema Babi)

Kes-kes influenza A (H1N1) telah dilaporkan dengan meluasnya di seluruh dunia. Pada tahun 2009, kes-kes penyakit seperti-influenza (influenza-like illness) pertama kalinya dilaporkan di Mexico pada 18hb Mac; wabak itu kemudiannya disahkan sebagai influenza A (H1N1). Penyiasatan diteruskan untuk menjelaskan cara penyebaran dan keterukannya (severity) influenza A (H1N1) di Mexico. Daripada kes-kes yang disyaki secara klinikal telah dilaporkan di 19 daripada 32 buah negeri di Mexico, cuma 97 kes sahaja yang disahkan secara makmal sebagai influenza A (H1N1) (12 daripadanya sama secara genetiknya dengan virus influenza A (H1N1) dari California). Pada 5hb Mei 2009, hampir 600 kes influenza A (H1N1) disahkan di Mexico termasuk 25 kematian.

Pada 17hb April 2009, CDC (Centers for Disease Control and Prevention) telah mengesahkan 2 kes penyakit demam saluran penafasan pada kanak-kanak yang tinggal di negeri yang bersempadan dengan California bahagian selatan adalah disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Pada 26hb April 2009, Department of Health and Human Services di US mengistiharkan kecemasan kesihatan awam nasional melibatkan influenza A (H1N1) yang mana wabak ini boleh menggugat keselamatan negara. Pada 25hb Jun 2009, sebanyak 27,717 kes telah disahkan secara ujian makmal di US. Terdapat seramai 3,000 orang telah dimasukkan ke hospital dengan 127 kematian disebabkan oleh influenza A (H1N1) di US pada ketika itu.

Pada penghujung Jun 2009, WHO (World Health Organization) telah melaporkan hampir 69,000 orang di lebih dari 100 negara telah disahkan dijangkiti dengan influenza A (H1N1) dengan 263 kematian. Pada 11hb Jun 2009, WHO telah meningkatkan tahap/fasa amaran pandemik kepada tahap/fasa 6 (yang bermakna pandemik sedunia) keran jangkitan virus ini telah merebak melepasi Amerika Utara ke Australia, UK, Argentina, Chile, Spain dan Jepun. Pada 4hb Oktober 2009, sebanyak 375,000 kes telah disahkan secara ujian makmal dengan 4,500 kematian.

Di Malaysia lebih daripada 3,000 orang telah dijangkiti dengan dengan influenza A (H1N1). Setakat 11hb Oktober 2009, jumlah kematian sebanyak 77 orang masih kekal. 635 kes penyakit- seperti influenza masih dirawat di hospital. Cuma 31 kes sahaja yang disahkan secara ujian makmal sebagai kes influenza A (H1N1)....bersambung

Posted on 14th October 2009 at 2:00 am Malaysian Time

No comments:

Post a Comment