Pengenalan
Nama lain Swine influenza (selsema babi). Swine influenza adalah penyakit jangkitan respiratori (pernafasan) yang amat mudah berjangkit (highly contagiuos) pada babi. Penyebabnya adalah salah satu dari virus swine influenza A. Bagaimana pun sejenis virus lain, swine influenza C boleh juga menyebabkan jangkitan pada babi. Strategi semasa untuk mengawal merebaknya virus ini pada haiwan adalah dengan salah satu dari vaksin bivalent virus swine influenza yang boleh didapati secara komersial.
Penularan virus swine influenza kepada manusia jarang berlaku. Walaubagaimana pun penularan kepada manusia boleh berlaku melalui hubungan dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang tercemar dengan virus swine influenza. Apabila manusia telah dijangkiti, ia boleh merebak dengan mudah kepada manusia lain sama seperti cara influenza bermusim (seasonal) merebak ia itu dengan batuk, bersin dan sebagainya.
Sejarah
Pada tahun 1918 satu wabak yang dikenali dengan pandemik (wabak seluruh dunia) Spanish influenza telah menjangkiti sepertiga penduduk dunia (anggaran 500 juta orang) dan menyebabkan lebih kurang 50 juta kematian. Pada tahun 1918, influenza manusia dan kaitannya dengan influenza unggas (avian) dan babi masih belum diketahui dan difahami sepenuhnya. Jawapannya mula diketahui hanya pada 1930an apabila virus berkaitan (sekarang dikenali sebagai H1N1) ditemui pada babi dan kemudian pada manusia...bersambung.
No comments:
Post a Comment